Friday, March 27, 2009

JENIS - JENIS HOMOSEKSUAL

1.Homoseksual Terangan (Blatant Homosexual)

Jenis homoseksual yang sejati, individu secara terbuka dan terang-terangan menerima identiti diri sebagai homoseksual, bersedia unutk mempamerkan identiti homoseksual pada masyarakat serta melakukan kegiatan homoseksual.

2.Homoseksual TerdesaK (Desperate Homosexual)

Biasanya jenis ini sudah bernikah tetapi tetap menjalani kehidupan homoseksual secara bersembunyi dari pengetahuan pasangan.

3.Homoseksual Berkeadaan (Situational Homosexual)

Adakalanya seseorang berada pada sesuatu keadaan sehingga individu itu bertingkah laku seperti homoseks seperti keadaan di dalam penjara, asrama dan sebagainya. Setelah keluar, selalunya mereka akan kembali menjadi hetroseksual.

4.Biseksual

iaitu melibatkan diri dalam aktiviti homoseksual dan juga hetroseksual. Selalunya berlaku pada mereka yang sudah bernikah. Mereka berasa seronok melakukan hubungan sejenis dan berlawanan seks.

5.Homoseksual Selesa (Adjusted Homosexual).

Adakalanya seseorang berada pada sesuatu keadaan sehingga individu itu bertingkah laku seperti homoseks seperti keadaan di dalam penjara, asrama dan sebagainya. Setelah keluar, selalunya mereka akan kembali menjadi hetroseksual

PENGAJARAN DARI KISAH KAUM NABI LUTH A.S

Apakah pandangan syarak terhadap amalan ini dan apakah hukumnya terhadap mereka yang melakukannya? Amalan sihaq atau musahaqah merupakan amalan terkutuk di dalam Islam. Tidak ada ulama’ yang mengatakan ianya sesuatu yang halal di sisi hukum syara’. Pengharamannya merujuk kepada firman Allah dalam surah al-Mu’minun, ayat 5-6 dan sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang lelaki janganlah melepaskan nafsunya kepada seorang lelaki di dalam sehelai kain dan seorang perempuan janganlah melepaskan nafsunya kepada seorang perempuan dalam sehelai kain (Nail al-Autar, 6:16). Maksud Hadis ini amat jelas menunjukkan pengharaman liwat dan musahaqah di antara seorang perempuan dengan pasangan perempuannya. Sebahagian ulama’ berhujah tentang pengharamannya dengan sebuah Hadis lain, iaitu sabdanya yang bermaksud: Apabila seorang lelaki mendatangi seorang lelaki (melakukan hubungan seks) maka kedua-duanya adalah penzina dan apabila seorang perempuan mendatangi seorang perempuan maka kedua-duanya adalah penzina (Nail al-Autar, 7:30).

Mari kita ambil pengajaran yang Allah rakamkan dalam al Quran berkenaan kisah nabi Luth a.s. dan umatnya. Salah satu adzab Allah paling dahsyat yang dikisahkan dalam Al-Quran adalah tentang pemusnahan kaum Nabi Luth. Mereka diadzab Allah karena melakukan praktis homoseksual. kaum Nabi Luth ini tinggal di sebuah kota bernama Sadum. Sehingga kerana itu amalan keji homoseksual hingga kini kerap disebut juga sodomi. Penelitian arkeologis berkenaan kisah ini memberikan penerangan bahawa, kota Sadum berada di tepi Laut Mati (Danau Luth) yang terbentang memanjang di antara perbatasan Israel dan Jordan. Dengan sebuah gempa volkano yang diikuti letusan lava, kota tersebut Allah runtuhkan, lalu terbalik dan tertangkup menyembah bumi dan masuk ke dalam kawasan atau tapak Laut Mati.

Kebiasaannya bagi orang yang terjatuh, maka bahagian atas atau kepala dahulu yang tiba ke tanah,, lalu diikuti badan dan kaki. Begitu juga kota Sadum, ketika ia diruntuh dan dihempaskan oleh Allah, bahagian atas kota itu dahulu yang menjunam ke bawah yakni ke dalam laut, sebagaimana Allah kisahkan dalam Al-Quran dalam surah Hud ayat 82, Bermaksud, maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu (terbalik tertangkup sehingga yang di atas ke bawah, dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi).

Mudah-mudahan, kita mengambil iktibar lebih-lebih lagi Laut Mati di Jordan merupakan bukti terbesar dan diakui bahawa perbuatan dan amalan keji ini melanggar sunnatullah atau ketetapan Allah buat makhlukNYA di muka bumi....baraklallhu li walakum....

No comments:

Post a Comment